Thursday, July 26, 2007
Saya telah melungsuri lelaman
http://www.tuitionplaza.com/bb/forum_posts.asp?TID=582 dan
http://www.salto-angel.com/ telah mempelajari sedikit sebanyak tentang air terjun di Venezuela yang bernama Air Terjun Angel.
Ia merupakan air terjun yang tertinggi di dunia pada ketinggian 977 meter. Kelajuan yang dicapai oleh air yang jatuh dari puncak ke dasar air terjun adalah 140m/s. Ia terletak di Guayana Highlands. Ia adalah 15 kali lebih tinggi dari Air Terjun Niagara. Jimmy Angel adalah orang pertama yang menemui air terjun ini.
di bawah ini adalah peta dan gambar-gambar Air Terjun Angel Falls.


SAYA HARAP SATU HARI SAYA AKAN DAPAT KE SANA!! (:
4:54 AM
Blogged
Thursday, July 19, 2007
Pertama kali dalam sejarah.
Pelajar berumur 16tahun,
ALIFF AZIZ TELAH MERANGKUL GELARAN JUARA ANUGERAH 2007!
Semalam,18Julai2007
saya diajak oleh rakan menengah dua saya untuk menyaksikan Anugerah 2007
secara langsung di Caldecott Hill-studio Mediacorp.
Masuk percuma dan tidak memerlukakan tiket.
Hanya harus tiba awal supaya dapat tempat duduk yang tidak mengecewakan.
Ferra,Nazahah,Ain,Yusry dan saya tiba di Mediacorp pada jam 7.10mlm.
Juga bersama dengan empat rakan menengah dua kami.
Apabila kami memasuki studio itu,terasa kehangatannya.
Dengan sorakan yang kecoh dan bertenaga,kami tidak sabar lagi untuk menyaksikan persembahan mereka.
Ini sedikit gambar-gambar yang saya dapat petik(walaupun tidak dibenarkan untuk mengambil gambar) (:





Kami meninggalkan tempat itu pada jam 10.40mlm.
&singgah di MACnrthpt hingga jam 12.00tengahmlm!
woooohooooo!!
Dengan ini,saya mengakhiri entri saya mengenai ANUGERAH 2007
Dan kepada ALIFF AZIZ,SYABAS!Labels: Pemenang Anugerah 2007
10:00 PM
Blogged
Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian.Saya baru mereka blog ini.Blog ini dikhaskan untuk entri-entri melayu sahaja.Di blog ini juga saya akan meluahkan minda fikiranku tentang hal isu semasa danjuga menulis topik-topik yang diberi guru.Saya memberi tajuk "drugs.ilah" kerana blog ini akan menjadi seperti diari saya.Dan diari akan menjadi ketagihan jikalau sudah menjadi suatu tabiat harian.Dengan ini,saya menamakannya 'drugs.ilah'. (:Okay.Ini adalah sedikit sebanyak pengenalan tentang blog saya.Wabilahitaufiq walhidayah,assalamualaikum wr.wb.~iLah_*Labels: blog baru
2:45 PM
Blogged